Membebel disini!

tinggalkan URL anda. NO PROMOT yeah?!



Wednesday, February 10, 2010

menggigil badan ku memikirkan result SPM akan keluar nanti! trrr.. trrr.. :(

hai pakwe jambu! leh kenal? ngee^^

tadi aku terbaca seorang awek ni punya blog. dia conteng2 pasal borang IPTA. ceh! ceh! aku belum godeh2 laman web tu lagi. pentingkah ia? yela kot.. wahaha.. hey yooo! aku lumpi sikit. so, aku lembap sikit nak tengok2 borang ni semua. ia buat aku lemah semacam. sutun pun tak selemah aku ni. *ok! kt sini aku dah mencecet... tet!


tengah syok mengeja dan membaca post entry awek ni, tiba2 last sekali dia tulis 'result SPM akan keluar 26hb Feb'.. hari tu dia tulis 29hb.. hehehe.. sekarang dah dia edit balik. dalam calendar tahun ni mana ade 29hb Feb? sampai 28hb Feb je..


26hb feb?!!!! are you sure?!!!! trrr.. trrr.. tiba2 terasa terketar2 satu badan.. still tak puas hati lagi ni! are you sure 26hb ni keluar result?! di ulangi,


ARE YOU SURE?!


dengan ini aku belum bersedia untuk melihat result SPM ku macam mana. semalam aku mimpi dapat 9A1. pehh! bangga gila. dapat result tu terus menjerit bangga. siap berlagak macam action kamen dalam cerita shin chan. tapi, kenapa ia sekadar dalam mimpi?! aku nak real punya! rasa menyesal bangun pagi tadi. i want that dream come true (yea. aku tahu BI aku teruk. sila kutuk.)


aku takut hampakan kedua ibubapa ku. aku takut tak dapat kasi apa yang diorang impikan. aku takut!!!


tulah.. dulu orang suruh study, kau memain. gosip2 dengan shane, ngumpat sana sini kau nak. lepas tu kau kutuk2 pengetua berucap masa perhimpunan dengan kawan sesetan kau (mana tak yea, pengetua suka berpidato). cikgu ajar kau tidur (subjek math masa form 4 saje). cikgu membebel, kau tulikan telinga (time tasawwur masa form 5 je). cikgu buat lawak, kau gelak (masa sejarah masa form 5 je). ngee^^.. mana tak yea bengap2 kepala otak kau masa SPM tu. dekat sekolah kau memain. dekat rumah? kena bedal dangan apak mu. padan muko kau! *cehh! dekat rumah aku rajin, tapi tak pernah siap nota tasawwur! rajin kan? macam pundek yoooo.. ngee^^


wuuuhuhu.. sedih je ingat balik. kau kau kau! nak menyesal tiada guna dah. kena terus hidup gak. buat ia sebagai pengajaran jola. jangan buat ia sebagai kenyangan manis kau la mai. yeaaa! aku tahu laaaa.. hey yooo! wish me goodluck?! yea? hehehe.. ^^





time ushar blog korang pula. hehehe.. ^^

Tuesday, February 9, 2010

anjing gila! jangan kacau aku. pergi main guling2 jauh sikit daripada rumah aku!

penat. penat. penat...! tenangkan fikiran dengan lagu ala2 keroncong versi korea ni. hohoho.. jom layan.... ngee^^





emosi terganggu dengan nyalakkan anjing gila dekat luar rumah di tengah malam buta ni. benci! nak tidur tak dapat. dah la tengah PMS. kang aku jadi singa betina, baru nak terkinja2 melarikan diri macam pelesit... grrr.. sabor.. sabor.. kawal emosi. control keayuan mu. wahahahak! abaikan ayat gedik2 tu.. ngee^^







p/s: tiba2 idea ku nak buat cerita pasal lelaki comel hilang entah kemana. lain kali jela.. tiada mood .. ^^

Sunday, February 7, 2010

roti john terbaik ku! hohoho.. ^^

cuba kira2 berapa banyak 'roti john' budak ni? hehehe.. sungguh sedap sehingga ku suka main cubit2 'roti john' dia ni. lebih lazat bila di tambahkan dengan sos BBQ! hohohoho.. ehh! budak ni bukan untuk di makan. tetapi untuk di buli. syok buli budak ni. hehe.. lebih suka tengok dia menangis macam ni..


"moksu jahat! warrrrggghhh!". bergemar rumah ni kejap bila dia melalak. hehe.. budak ni best kalau di tenyeh2 pipi dia. sedap buat bantal peluk. nak dukung dia pun kusyuk jap. korang pernah angkat beras 10kg tak? begitu ler nak angkat budak tembam ni. nak lambong2 dia pun, setakat 3 kali je kut. boleh di jadikan pengangkat berat untuk tambahkan otot2 korang kasi ketul2 tu. hahaha..


sabtu(6hb feb) hari tu birthday budak ni. baby one year! yeahhh! but, yang sadis yea budak tembam2 ni tak sihat time tu. ape2 pun birthday party dia tetap di sambut dengan meriah. alahai! manje budak ni! ngee^^


yang best sangat sebab ada benda ala ni........








KAMBING GOLEK!!! oh! baby! kau memang 'tak sedap!' (ok.. aku sangat jealous bila dapat makan satu tulang rusuk sahaja di antara 2 ekor kambing di golek2. di ulangi, SATU TULANG RUSUK SAHAJA! sangat tak puas hati!).


KEPAK AYAM PANGGANG! oh! sayang! kau pun 'tak sedap' bagi ku (tak puas hati gak, kerna sebab dapat makan satu sahaja kepak ayam ni di antara 2-3 periuk besar kepak ayam di panggang! di ulangi, SATU SAHAJA! sadis tul..)


AIR GAS LONG CHAN (lon chan or long chan erk?) pernah dengar? or pernah minum? air ni ada orang panggil air KAJANG (kenapa tak ada nama air shah alam, nilai 3 ke?). air ni ada 3 perisa iaitu ICECREAM SODA, SARSI and ORANGE! hohoho.. air ni memang 'tak sedap' bagi ku. HOHOHO! macam di atas, semua makanan ku ratah setiap satu! =_=


mereka buas! hahaha.. ^^


muka tak seceria selalu. senyum dalam paksaan. perut sudah berbunyi lagu keroncong. because, dalam otak hanya fikir JAMBAN oh JAMBAN! (with my cousin dagu panjang, Madiha sayang. hohoho..)


aku jealous GILA dengan diorang ni. sebab diorang boleh melantak dengan buas sekali kambing golek and kepak ayam panggang tu.. aku tak boleh nak makan macam diorang sebab? malas nak cerita. tak nak aib kan dia. biar antara aku dan dia. apa2 pun, aku tak boleh makan sebab kena cirit birit selama 5 hari termasuk hari ni. grrr..!!! bila aku boleh dapat makan ni?! :(

Friday, February 5, 2010

budak lembik nak jadi kuat tak jadi. so, terpaksa tidur dan tidur.

sebelum aku nak bebel, aku nak mintak maaf sesangat sebab tak dapat ushar blog korang oke? lemah gemalai aku sekarang. sorry again! ^^


lagu ni penawar demam ku. HOHOHO! jom layan!!!


semalam lagi rasa tak sihat. harap2 tak demam. tapi hari ni kerja aku TIDUR! dah lebih 8 jam tidur pun rasa mengantok (hish! apa nak jadi ni? anak dara peloseh betul.. ngeek!^^). badan rasa sesengal ubi kledek. perut sakit ke tahap cipan main guling2. pening kepala sampai rasa tak nak pakai kepala ni lagi, tapi tak kan nak cabut pula? mahu mati terkejut orang rumah ni.


sebenarnya, aku malas nak beritahu family aku lebih2 lagi my mom pasal aku tak sihat. because diorang akan risau melampau2. bukan aku ketepikan diorang, tapi tak nak diorang risaukan aku. tiba masa aku melawan penyakit ni sendiri (cehh! bujet kuat kunun). aku bukan macam budak kecik yang sentiasa merengek2 "mak! sakit! demamlah! jom pergi klinik?". tu dululah. sekarang, tak nak lah.. ingat aku ni sentiase nak kena di manja ke?! sekali sekala bagi aku lasak sikit pun tak apa.. tapi, aku tak suka makan antibiotic. sebab tu aku tak nak pergi klinik doctor comel tu.. ngee^^


diorang tak risau sangat kalau aku demam, tapi diorang risau kalau sawan aku datang menyerang ketika aku demam. bukan sawan b*bi, ok? tapi penyakit ku Epilepsy. klik benda biru2 tu kalau nak tahu penyakitnya macam mana, ok?


so, dengan ini. aku yang bernama ******** al-tungtung ingin tata titi tutu dengan korang buat sementara waktu. wei! rindu aku tau?! hahaha.. kidding!


to mamat bernama AUS, aku tak dapat pergi gath tu lerr. bercause my anak buah buat birthday party pada hari korang buat gath tu. so, kau boleh simpan duit yang kau nak belanje aku main bowling tu. *pehh! melepas nak mengapau mamat ni. hahaha..


ok. aku nak sambung tidur balik. penat mengetaip!